Sabtu, Jun 20, 2020

Sinopsis Telefilem Pak Dogo; Astro Citra/Citra HD



SINOPSIS PAK DOGO
Koya seorang tok dalang muda yang jatuh cinta kepada seorang gadis cantik Salmi, yang menjadi rebutan ramai. Setelah berjaya merebut hati gadis impiannya satu demi satu gangguan mistik yang perlu dilaluinya. Mampukah mereka bertahan hingga ke gerbang perkahwinan? Saksikan sebuah telefilem arahan Sabri Yunus yang memaparkan seni budaya Wayang Kulit yang popular dari negeri Kelantan. Ditayangkan pada 20 Jun 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.