Jumaat, Jun 05, 2020

Sinopsis Filem Ada Apa Dengan Dosa



SINOPSIS ADA APA DENGAN DOSA
Mengisahkan tentang gadis 19 tahun, Aurora yang merupakan anak luar nikah dan dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam sejak kecil. Keadaan berubah apabila dia mendapat tahu asal usulnya. Aurora rasa tertipu dan cuba bunuh diri. Namun, kehadiran Khaliq memberi sinar baru buatnya dan mereka pergi ke Malaysia untuk mencari ibu bapa kandungnya.

Sepanjang pencariannya, Aurora mula rasa ingin tahu erti Islam yang sebenar memandangkan dia tidak mempraktikan ajaran Islam sebelum ini. Sementara itu, ibu kandung Aurora, Siti Zahrah hidup dihantui dengan dosa silam. Manakala, ayah kandungnya pula merupakan ustaz terkenal, Ustaz Aariz yang cuba lari dari dosa lalu dan tidak mengakui yang Aurora adalah anak kandungnya kerana takut maruah tercalar.

Saksikan filem genre drama islamik 'Ada Apa Dengan Dosa' arahan Rahila Ali akan ditayangkan terus ke pawagam rumah anda di Astro First saluran 480 bermula 4 Jun 2020.  Filem Ada Apa Dengan Dosa dibintangi oleh Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, dan  Fauziah Nawi.