Rabu, April 01, 2020

Zed Zaidi Nafi Gambar Bogel Miripnya Tersebar!



Beberapa nama artis dan selebriti tempatan sedang hangat diperkatakan ekoran isu permohonan bantuan khusus daripada kerajaan kepada anak-anak seni susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Satu nama yang tidak terlepas daripada isu ini ialah Presiden Seniman, Zed Zaidi. Selain tuntutan Seniman kepada kerajaan untuk bantuan yang tular, nama Zed Zaidi turut terpalit apabila AJK persatuan itu membuat laporan polis terhadap seorang selebriti gara-gara kenyataan selebriti tesebut kepada golongan artis dianggap keterlaluan.

Namun, kehangatan nama Zed Zaidi tidak terhenti di situ. Semalam gambar bogel mirip Zed Zaidi dikatakan tular di media sosial. Ketika dihubungi wartawan MyMetro, Zed Zaidi menafikan gambar lelaki tanpa seurat benang di dalam bilik mandi itu adalah dirinya.

Zed Zaidi berkata dia sudah bersiap sedia untuk berdepan situasi begini lebih-lebih lagi apabila namanya dan Seniman dikecam hebat selepas menyenaraikan beberapa cadangan untuk Bantuan Covid-19 Penggiat Seni 2020 dikeluarkan, baru-baru ini.

“Mereka boleh buat apa saja kerana mereka adalah penggodam atau ‘hackers’. Saya sudah bersiap sedia sejak sekian lama dan saya anggap ini sebagai cabaran dalam perjuangan saya untuk industri dan anak seni,” katanya kepada Harian Metro.