Sabtu, April 04, 2020

Sinopsis Telefilem Badi Selendang Merah; Astro Citra/Citra HD



SINOPSIS BADI SELENDANG MERAH
Setelah gagal dalam perniagaan, Helmi membawa isterinya, Fatin pulang ke kampung untuk tinggal di sana. Fatin kini berbadan dua dan hanya menunggu masa untuk kelahiran. Dalam perjalanan pulang, mereka menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang wanita berselendang merah. Kejadian tersebut menghantui Helmi dan mula membongkar rahsia-rahsia gelap yang disembunyikan.

Saksikan telefilem 'Badi Selendang Merah' lakonan Sharifah Sakinah, Nazim Othman dan Salina Saibi pada 4 April 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.