Khamis, April 09, 2020

Sinopsis Filem Daulat



SINOPSIS DAULAT
Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum, presiden MUNA, Hassan mengambil keputusan melantik Suri, anak didik politik beliau sebagai timbalan presiden parti. Suri, dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamatnya tercapai, termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun.

Saksikan filem thriller politik pertama di Malaysia berjudul 'DAULAT' terbitan Lacuna Pictures  yang  ditayangkan secara percuma menerusi laman penstriman video tempatan iFlix (iflix.com) pada 6 April 2020. Filem arahan Imran Sheik ini memaparkan kisah sisi gelap dunia politik. Membariskan pelakon hebat tanah air seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Cristina Suzanne dan ramai lagi.