Khamis, April 02, 2020

Sinopsis Drama Ironi Kasih; Akasia TV3



SINOPSIS IRONI KASIH
Kasih yang pada awalnya bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan telah digaji untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia. Kasih menjalankan tugasnya dengan baik, mereka menjadi semakin mesra. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh. Johan yang merasa tercabar terus menceraikan Emilia. Rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas penceraian. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya?

Saksikan drama bersiri Ironi Kasih di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud , Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana dan Fizz Fairuz. Drama terbitan Wira Nusa Production, arahan Nazir Jamaluddin. Bakal menemui penonton bermula 2 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3