Sabtu, Mac 28, 2020

Sinopsis Telefilem Ratahan Al Marid; Astro Citra/Citra HD



SINOPSIS RATAHAN AL MARID
Apabila tarikh bersalin Nina hampir tiba, suaminya Anas mengajak Nina untuk tinggal bersama ibunya Rosni. Malang bagi Nina, anaknya meninggal dunia sejurus dilahirkan. Bagaimanapun selepas kematian anaknya, Nina mula mengalami pelbagai perkara aneh dan mendengar tangisan bayi di dalam rumahnya. Sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam rumah tersebut, dan semuanya bersangkut-paut dengan zuriat yang dilahirkan Nina.

Saksikan telefilem 'Ratahan Al Marid' arahan bersama Wan Hasliza dan Rashidi Ishak pada Sabtu, 28 Mac 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD. Lakonan Elly Mazlein dan Zain Hamid.