Sabtu, Mac 28, 2020

Sinopsis Telefilem Pemuja Rahsia; Cerekarama TV3



SINOPSIS  PEMUJA RAHSIA
Adam, pelajar kolej yang kian popular. Dia baru menjuarai satu pertandingan debat antara kolej. Adam amat gemarkan sukan larian dan seringkali menyertai pelbagai marathon. 
Hawa, gadis berusia sebaya dengan Adam dan jiran Adam sudah lama menyukainya, dek kerana satu peristiwa 18 tahun lalu, keluarga Adam dan keluarganya berkelah bersama dan Adam telah menyelamatkan Hawa daripada lemas.
Namun setelah kematian ayah Hawa, ibu Hawa - Suzana enggan terlalu rapat dengan keluarga Adam sementelah Adam hanya tinggal bersama ayahnya sahaja. Ayah Adam, Zul beberapa kali cuba mengurat Suzana. Namun Suzana tak pernah melayan.

Bagi Hawa dia memang tercipta untuk Adam. Meskipun begitu, Hawa dan Adam tak pernah bercakap. Hawa seperti seorang gadis yang pelik dan janggal. Dia suka membisu, gemarkan warna hiam, mekap yang pelik dan sukakan muzik.

Saksikan telefilem 'Pemuja Rahsia' pada Sabtu ini pukul 10 malam di TV3. Lakonan Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun, dan Fiza Thomas.

1 Komentar:

Write Komentar
Illya LeYa
AUTHOR
28/3/20 10:35 PTG delete

Wah macam menarik ni... Nak pergi tontonnya lah

Reply
avatar