Rabu, Mac 25, 2020

Sinopsis Filem Syif Malam Raya



SINOPSIS SYIF MALAM RAYA
Mengisahkan tentang empat orang rakan yang mengalami kejadian aneh ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung pada malam raya. Zaid (Atu Zero) dan Hisyam (Sharif Zero) menumpangkan Mera (Reen Rahim) serta Yoh (Yoe Parey) dalam perjalanan menghantar mayat ke Ipoh. Keadaan menjadi kecoh setibanya mereka di Kampung Batu Berapit yang gempar dengan kemunculan ‘pocong’.

Filem 'Syif Malam Raya' arahan A. Razak Mohaideen. Diterajui oleh ahli kumpulan Zero, iaitu Atu dan Sharif. Turut dibarisi pelakon seperti Reen Rahim, Saiful Apek, Ropie serta penampilan sulung tiga orang Youtuber terkenal, iaitu Yoe Parey, Syahmi Sazly dan Asif Suhaimi.