Khamis, Disember 05, 2019

Sinopsis Drama Cerita Hantu Asrama; Astro Prima/Prima HD



SINOPSIS CERITA HANTU ASRAMA 
Bermula 5 Disember 2019, saksikan cerita bersiri Cerita Hantu Asrama yang akan ditayangkan di saluran Astro Prima dan Prima HD. Cerita Hantu Asrama mengisahkan kisah-kisah seram yang berlaku di asrama yang membawakan plot cerita berbeza bagi setiap episod. Skrip Cerita Hantu Asrama merupakan tulisan Marr Mohammad adalah berdasarkan pengalamannya sendiri. Antara kisah seram asrama yang dimuatkan dalam naskhah Cerita Hantu Asrama arahan Faliq Sharif termasuklah kisah qarin, hantu loker, histeria, satu dah tidur..., dua dah tidur, nenek kebayan, penunggu pokok tua dan banyak lagi.

Cerita Hantu Asrama dibintangi oleh ramai pelakon hebat dan berbakat seperti Tiz Zaqyah juga kemunculan nama baharu seperti nama-nama popular dalam industri seni tanah air termasuklah Asad Motawh, Ariff Bahran, Sharifah Rose, dan Yuna Rahim. Turut membuat kemunculan dalam drama terbitan Padusi Pictures itu ialah Aiman Tino, Fara Hazel, Eyka Farhana, Aman Aziz, Raja Atiq, Wany Kyrie, Afieq Shazwan, Sweet Qismina, Adam Lee dan ramai lagi.

1 Komentar:

Write Komentar
Unknown
AUTHOR
24/1/20 12:03 PG delete

Berapa episod smua

Reply
avatar