Rabu, September 11, 2019

Janna Nick Dan Norman Hakim 1 Jam Terperangkap Dalam Lif!



Pelakon Janna Nick dan Norman Hakim terperangkap dalam lif hampir satu jam siang tadi. Kejadian berlaku di sebuah rumah yang menjadi lokasi penggambaran drama adaptasi novel berjudul Demi Rindumu. 

Dalam satu babak memaparkan Janna dan Norman yang memegang watak sebagai adik-beradik menggunakan lif dalam kediaman tersebut, tiba-tiba lif itu rosak dan tidak dapat dibuka. Kedua-dua mereka terperangkap dalam lif itu hampir satu jam.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Norman Hakim menerusi IGTV, jelas memaparkan kedua-dua mereka kepanasan dan 'lemas' ketika terperangkap dalam lif transparent tersebut.

"Ini bukan lakonan, ini bukan cubaan, ini betul-betul semasa nak shoot satu scene untuk drama Demi Rindumu. Nasib baiklah, yang pertama terperangkap dalam lif rumah, yang kedua lifnya transparent, boleh nampak luar dalam"

"Cuak tak cuaklah kalau dah terperangkap dekat sejam. Lemas, panas, haus, lapar, semua cukup!" tulis Norman di instagram miliknya.

Pada akhir video tersebut, salah seorang ahli keluarga empunya rumah tersebut hadir menolong 'membebaskan' Norman Hakim dan Janna Nick daripada terperangkan lif rumah berkenaan. Difahamkan produksi terpaksa menunggu hampir sejam kerana tuan rumah tiada di kediaman pada ketika itu.

Jelas juga kedengaran suara Janna Nick "Nak shoot semula naik lif ni ke? Tak payahlah, naik tangga saja!" 

Hah, itu namanya dugaan ketika penggambaran. Siapa kata jadi pelakon ini mudah? Apa-apapun nantikan sahaja drama adaptasi novel Demi Rindumu untuk tayangan Slot Megadrama di Astro Ria dan Ria HD, lakonan Janna Nick dan Sean Lje sebagai watak utama.