Isnin, September 16, 2019

Akan Datang Drama Adaptasi Novel Demi Rindumu; Megadrama Astro Ria/Ria HD



Sebuah lagi drama adaptasi novel bakal menghiasi Slot Megadrama siaran Astro Ria dan Ria HD. Cerita asal Diya Jamal ini menggandingkan Janna Nick dan Sean Lee sebagai teraju utama. Turut membintangi drama Demi Rindumu ini ialah Norman Hakim, Elvina Mohamad, Riz Amin, Azri Sabri, Aleeza Shada, Mustapha Kamal dan Raja Nor Baizura. 

Drama Demi Rindumu mengisahkan Nurhana lakonan Janna Nick yang enggan menerima pengakuan cinta Haznik lakonan Sean Lee yang meluahkan perasaan selepas beberapa kali pertemuan. Ini disebabkan pengalaman cinta Nurhana yang lalu yang telah dilukai hatinya. 

Bagi peminat setia Janna Nick pastinya tidak sabar menunggu buah tangan pelakon berbakat besar itu. Drama adaptasi novel Demi Rindumu ini dijangka ditayangkan di Astro Ria dan Ria HD pada bulan Oktober nanti.

1 Komentar:

Write Komentar
diya jamal
AUTHOR
20/9/19 7:29 PTG delete

Terima kasih encik ku'muzz. :)

Reply
avatar