Jumaat, Ogos 10, 2018

Tiada Hubungan Cinta Antara Kami - Faisal Nasimuddin



Tokoh korporat terkenal, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, menafikan dakwaan beliau menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Puteri Aishah, seperti diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini.


Menurut Faisal, 38, hubungannya dengan bekas peserta Dewi Remaja 2012 itu adalah sekadar kawan biasa.


“Saya mengenalinya (Puteri Aishah) menerusi sepupu saya yang kebetulan berasal dari negeri sama dengannya, iaitu Negeri Sembilan.


“Tiada hubungan istimewa antara kami, sebaliknya antara saya dan dia hanyalah kawan biasa,” katanya kepada BH Online.


Diminta reaksinya apabila ramai yang menyangkakan beliau dan pelakon filem, Pulang, itu sedang berpacaran, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA itu menegaskan, tiada apa yang perlu diulas kerana mereka memang tidak bercinta.


Mengulas lakonan Puteri Aishah dalam filem arahan Kabir Bhatia itu pula, Faisal menyifatkan hasil kerja yang ditunjukkan aktres berusia 24 tahun terbabit sangat membanggakan.


“Ya, saya sudah menonton filem Pulang dan lakonannya sangat bagus. Saya amat bangga dengannya dan sebagai teman, saya sangat menyokong kerjayanya,” katanya yang tutur hadir pada majlis tayangan episod akhir drama bersiri Jangan Benci Cintaku bersama peminat di Ecoworld Gallery @ Eco Grandeur di Puncak Alam, di sini. - BH Online