Rabu, Ogos 07, 2013

Telefilem Seberang Takir; Menjelang Raya Di TV9


Menjelang raya malam ini, TV9 menjanjikan sebuah telefilem yang cukup istimewa. Diberi judul Seberang Takir, pastinya telefilem ini akan memberikan suatu kesan yang cukup bermakna kepada para penonton. Jangan ketinggalan menyaksikan telefilem menarik di TV9 pada jam 9.15 malam berjudul Seberang Takir yang mengisahkan penderitaan seorang ibu yang menghidap kanser. Ia yang dibintangi pelakon handalan dan berbakat seperti Normah Damanhuri, Erry Putra, Azlee Khairi, Ana Dahlia dan Dilla Ahmad pasti menarik untuk ditonton.