Sabtu, Ogos 01, 2020

Sinopsis Telefilem Aku OCD; Astro Citra/Citra HD



SINOPSIS AKU OCD
Mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Kimi yang mengidapi penyakit OCD ditahun akhir pengajian yang ingin grad on time telah tersalah mendaftar course elektif yang memaksanya melakukan persembahan lakonan dan berdepan dengan masalah OCDnya, keadaan menjadi rumit apabila dia mula menghadapi konflik cinta tiga segi antara rakan sekelasnya. Saksikan telefilem 'Aku OCD' lakonan Izzue Islam, Naim Daniel dan ramai lagi. Ditayangkan pada Sabtu, 1 August 2020 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD. Turut dibintangi Camelia Natasya, Adibah Noor, dan Aminah Rhapor.

Jumaat, Julai 31, 2020

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu; TV3



SINOPSIS PENCIPTA PEGANG WAKTU
Hubungan Zakree (Zee) dan abangnya Zaman dingin kerana Zaman malu apabila satu kampung memanggil Zee 'lintah lembik'. Zee bersikap lembut dan mewarisi bakat seni sulam dan menjahit baju kurung daripada arwah ibunya berhijrah ke bandar kerana mahu membuktikan bahawa dia mampu berjaya. Saksikan telefilem khas sempena sambutan hari raya Aidiladha yang menggabungkan lima pelakon penerima Anugerah Skrin, bakal menemui penonton pada Jumaat (31 Julai 2020) jam 10:00 malam di TV3. Telefilem Pencipta Pegang Waktu dibintangi  oleh Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, dan Haidin Nasir.