Selasa, Disember 03, 2019

Neelofa Ucap Selamat Tinggal Kepada MeleTOP



Siaran langsung rancangan hiburan MeleTOP di Astro Ria dan Ria HD sebentar tadi ternyata mengejutkan peminat Neelofa dan penyokong setia MeleTOP, apabila Neelofa dalam nada sebak dan menitiskan air mata mengumumkan akan meninggalkan rancangan MeleTOP yang disiarkan secara langsung pada malam setiap hari Selasa.

Untuk rekod MeleTOP mula bersiaran pada tahun 2012 menggandingkan Neelofa bersama Nabil Ahmad sebagai pengacara tetap. Apabila antara mereka telribat dengan komitmen lain, rancangan hiburan itu pernah mengundang pengacara-pengacara popular lain seperti Jihan Muse dan Awal Ashaari mengendalikan MeleTOP.

Persoalannya siapakah yang bakal menggantikan Neelofa sebagai pengacara dalam MeleTOP nanti?