Jumaat, November 08, 2019

Sinopsis Telefilem Kifarah; Citra RTM TV2



SINOPSIS TELEFILEM KIFARAH

Telefilem mengisahkan Juriah yang bersikap tidak lunak dengan ibunya. Juriah tidak mementingkan hal ehwal agama dalam membesarkan anak-anaknya. Bahkan Juriah tidak berpuas hati apabila ibunya merotan anak-anaknya kerana mereka tidak mengenal huruf untuk mengaji Al-Quran. Namun, akhirnya Juriah sedar bahawa khilaf dirinya kahirnya menghukum dirinya sendiri. Apabila anak-anak Juriah telah meningkat dewasa Juriah ditinggalkan di rumah orang-orang tua.

Saksikan telefilem Kifarah di Slot Citra RTM TV2 pada Jumaat 8 November 2019. Lakonan Aleza Shadan, Wan Maimunah, Nafiez Zaidi, Ayuni Mustafa, Mira Normila dan Ahmad Fuaad.