Isnin, September 16, 2019

Sinopsis Telefilem Back To You; TV3



SINOPSIS BACK TO YOU
Selepas 28 tahun, XiuMin berjaya menjejaki kembar perempuan yang diserahkan kepada keluarga angkat ketika masih bayi. XiuMin yang kini tinggal bersama kembar lelaki ZiCheng masih berusaha untuk menjejaki Cai Yun dengan mengiklankan pencarian Cai Yun di dalam surat khabar. Pencarian mereka akhirnya berakhir apabila berjaya menjejak Cai Yun.
XiuMin teruja untuk menemui Cai Yun tetapi dikejutkan dengan penampilan anak gadisnya yang kini berhijab dan berbahasa Melayu . XiuMin tergamam seketika dan sukar baginya untuk menerima perbezaan yang tidak disangkanya itu. Zhi Cheng kemudiannya menjelaskan Cai Yun dengan nama baharuya, Sofia telah diambil oleh pasangan Melayu iaitu Aiman dan Kamariah dari rumah anak yatim setelah ditinggalkan oleh keluarga angkat Sofia. Sofia telah dibesarkan mengikut budaya Melayu dan memeluk agama Islam.
Apakah kesudahan kasih sayang dua jiwa yang terpisah kerana budaya dan agama ini? Adakah Sofia akan pulang ke pangkuan ibu kandungya, XiuMin atau memilih Kamariah yang telah memberikan sebuah kehidupan buat Sofia?

Saksikan telefilem Back To You di TV3 sempena Hari Malaysia pada 16 September 2019. Lakonan Jasmine Suraya Chin, Remon Lim, Ernest Chong, Azizah Mahzan, Charlie Numan Salleh, Yuna Rahim, Clara James, Alison Khor, dan  Eiza Idanie.