Rabu, September 18, 2019

Kemelut Rumah Tangga; Lufya Nafi Suami Gay!



Rumah tangga Lufya dan suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz hebat dilanda badai. Media melaporkan Che Hafiz sudah menceraikan Lufya menerusi aplikasi WhatsApp.

Susulan kontroversi rumah tangganya, timbul dakwaan mengatakan suaminya itu meminati kaum sejenis dan bernafsu songsang. Bagaimanapun, Lufya menafikan dakwaan tersebut dan ia hanya fitnah semata-mata kerana dia lebih mengenali suaminya.

“Itu semua fitnah. Saya sebagai isteri lebih mengenalinya serta tahu baik buruknya dari keluarganya sendiri. Dia bukan seorang gay, malah dia sangat bencikan kaum gay. Allah lebih mengetahui dan jauhkanlah fitnah tanpa bukti hanya kerana melihat kepada penampilannya.

“Jika orang cakap pasal fotonya di aplikasi gay itu, bagi saya, ramai je gambar orang lain yang digunakan bagi tujuan fitnah atau suka-suka,” katanya kepada Astro Gempak.