Selasa, Julai 09, 2019

Saya Dan Abu Sufyan Dah Tak Tinggal Sebumbung! - Hana Azraa



PU Abu Sufyan kembali meraih perhatian ramai apabila isu rumah tangganya disebut semula pada hari ini. Selepas dua bulan menceraikan Ain' Afini Latif, perkahwinan kedua Abu Sufyan bersama ibu tunggal Hana Azraa pula kini digoncang badai.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh isteri Abu Sfyan, iaitu Hana Azraa kepada media.

Menurutnya, "Saya dan Abu kini dalam proses bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung. Dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah"

"Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya," kata Hana kepada mStar.

Menurut Hana Azraa dia mahu tampil menjelaskan isu rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak salah faham dalam kalangan netizen.  Dalam pada itu, Hana tetap mendoakan kebahagiaan Abu Sufyan dan bekas isterinya, Ain dan anak mereka hingga ke syurga.

Makin berselirat plot cerita mereka. Apapun, doakan yang terbaik sahajalah!