Khamis, Julai 18, 2019

Norman Hakim Padam Video Cium Mulut Anak; PU Lokman Beri Komen Persoalan Bapa Cium Mulut Anak Gadis!



Baru-baru ini, pelakon Norman Hakim memuat naik satu video menerusi akaun Instagramnya yang memaparkan adegan bercium mulut dengan anak perempuan keduanya, iaitu Maria Danisha Hakim yang berusia 11 tahun.

Melihat perkongsian itu, rata-rata netizen melahirkan rasa kurang senang memandangkan perhubungan seorang bapa dengan anak gasid yang semakin meningkat dewasa perlu ada batasannya. Majoriti komen dalam posting tersebut bercirikan kritik dan komen-komen negatif. Hanya sebilangan kecil sahaja yang mempertahankan hubungan bapa dan anak dengan cara bercium mulut.

Pelakon Yana Samsudin turut terpanggil untuk berkongsi pendiriannya yang tidak menyokong ibu bapa mencium mulut atau bibir anak.  Video perkongsian Yana Samsudin yang dikongsi di Facebokk itu antara lain menceritakan dua pengalamannya apabila stranger tiba-tiba datang dan menegur kemudian mencium bibir Aisy Mateen, iaitu anak lelakinya.

"Paling tak bleh terima ialah ayah kiss mulut anak sendiri. Tak kiralah anak perempuan ke anak lelaki. Mak pun tak bolehlah buat macam tu. Bukan budaya kita dan adab Islam. Nabi Muhammad pun tak kiss mulut anak perempuannya", cerita Yana lagi.

Sebelum ini bukan tidak pernah selebriti yang berkongsi video atau gambar mencium bibir anak, namun perkongsian Norman Hakim kali ini ternyata mengundang reaksi pelbagai pihak. Dalam video yang sama Norman dilihat turut berpelukan manja bersama anak gadisnya di samping beberapa kali mencium kepala anak perempuannya itu.



Sehubungan isu yang panas di media sosial ini PU Lokman tampil memberikan penjelasan mengenai persoalan tindakan bapa mencium mulut anak gadis.

“Kita kena ada sifat kasih sayang terhadap anak-anak jadi kita kena cium. Namun dari sudut penjelasan hadis, nabi tidak sebut cium di bahagian mana. mungkin cium pipi atau di kepala, jadi persoalannya cium mulut boleh atau tidak? Mencium mulut tidak diamalkan waktu dulu tapi sekarang banyak diamalkan. Mencium mulut ini salah satunya kerana mngikut budaya barat. Kita tengok tv mencium mulut memang menjadi kebiasaan mereka lalu kita ikut," katanya.


PU Lokman turut menambah keterlaluan mengikut budaya barat merupakan salah satu punca. Jelasnya hadis Nabi berkata, barangsiapa mengikut suatu kaum maka mereka akan menjadi kaum itu.

Untuk rekod, Norman Hakim sudahpun memadamkan perkongsian video mencium mulut anak perempuannya beberapa hari lalu sesudah menerima ratusan kritikan daripada netizen. Semoga kita lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar atau video di media sosial untuk mengelakkan kontroversi yang tidak diingini.