Isnin, Julai 22, 2019

Isu Video Cium Mulut Anak; Norman Hakim 'Menganjing' Siapa?



Netizen kecoh sekitar minggu lalu sejurus Norman Hakim memuat naik mencium mulut anak perempuan keduanya yang kini bersekolah rendah. Rata-rata menyifatkan perbuatan Norman Hakim tersebut tidak manis.

Semalam, ketika menghadiri majlis ulang tahun kelahiran pertama anak lelaki bongsu Datin Rebecca Al-Islam, Ahmad Reaggan; Norman Hakim sempat lagi merakam video bersama anak perempuannya, Maria Danisha Hakim, seolah-olah ingin bercium, kemudian menggelengkan kepala dan jari telunjuk sambil berkata, 'No, no, no!' diiringi tawa.

"Ahmad Reaggan turns 1 with my baby beshor paling cantik dalam dunia, Maria Danisha Hakim. Cium siki sayang?"

Tinjauan terhadap instastory yang turut dikongsi sebagai instapost itu mendapat ratusan komen daripada netizen. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anak dan bapa itu.

Komen seorang netizen, "Agak-agak perli sapa la tu kan? Comel lah anak bapak ni, berkali ulang tengok!".

Tidak kurang juga yang menggunakan istilah menganjing dalam menulis komen.

"Menganjing parok! Hahahah"

"Nganjing netizen! Hahaha"

Itu antara komen dan pendapat netizen terhadap posting Norman Hakim di instagram?  Apa pula pendapat anda? Memang betul perkongsian Norman Hakim ini memerli netizen atau sekadar bergurau?

Bagi kami, sekadar gurau senda di media sosial sahaja! Hidup jangan serius sangat!