Jumaat, Julai 19, 2019

Fizo Omar Mengaku Sebagai Anak Emak Sebelum Kahwin Lagi



Tanggungjawab seorang anak lelaki itu besar. Tidak akan terlepas peranan sebagai seorang anak lelaki kepada ibu dan bapanya meski sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa hari ini masyarakat sibuk memperkatakan perihal keruntuhan mahligai Fizo Omar dan Mawar Karim. 

Lebih parah ramai yang menuduh ibu dan keluarga Fizo Omar sebagai punca perceraian tersebut, sedangkan masing-masing yang melemparkan kata tidak sedikitpun mengetahui kisha sebenar yang dialami oleh pasangan berkenaan.

Sehubungan itu Fizo Omar bersama ibu tercintanya tampil memberi penjelasan sekali gus menafikan keluarga menjadi punca perpisahan antara Fizo dan Mawar.

Sementara itu, Fizo menafikan dirinya yang dianggap anak emak menjadi antara punca perceraian dengan Mawar.

“Anak emak? Bagi saya itu rezeki saya. Dengan apa yang berlaku, Allah nak bagi kekuatan untuk saya menjaga emak dan keluarga. Saya memang anak emak sebelum kahwin dengan Mawar lagi. Hubungan saya dengan emak takkan berakhir. Emak adalah syurga saya sampai bila-bila.

“Setiap hari emak berdoa untuk saya, alhamdulillah, rezeki sentiasa ada. Jadi, tak salah kalau ada isteri, isteri kena faham. Kena ingat, tanggungjawab anak lelaki adalah tetap pada ibunya,” katanya. - Harian Metro