Selasa, Jun 11, 2019

Wajah 10 Anak Teruna 10 Aktor Ternama Bollywood



Industri perfileman Bollywood gah sebagai salah sebuah industri pengeluar filem terbesar di dunia. Ribuan filem dihasilkan dalam tempoh setahun. Begitu juga dengan para pelakonnya. Ada yang hanya dikenali di India, tidak kurang juga yang menempa nama di serata dunia hingga ke Malaysia.

Era 90-an antara zaman kemuncak kehangatan filem-filem Bollywood di Malaysia. Pelakon-pelakonnya baik teraju utama lelaki dan wanita seperti Salman Khan dan Madhuri Dixit menjadi pujaan masyarakat tempatan yang meminati filem Bollywood. Lagu-lagu hindustan juga menjadi siulan ramai, sehinggakan melodi lagu berkenaan disesuaikan dengan lirik berbhasa tempatan khususnya di Kelantan dengan menggunakan dialek pantai timur.

Mengimbas kembali kegahan filem Bollywood kami mengimbas kembali 10 aktor lelaki yang pernah meniti di bibir nama peminat filem Bollywood. Ada yang masih aktif sehingga kini meski usia mencecah 50-an, dan ada juga yang selesa bekerja di belakang tabir. Sebut sahaja nama Jackie Shroff, Shahrukh Khan, Aamir Khan, Sunny Deol, Bobby Deol, Akshay Kumar, Anil Kapoor, Saif Ali Khan, Sunil Shetty dan Govinda, pastinya masyarakat Malaysia pernah melihat kemunculan mereka di kaca TV tempatan percuma seperti TV2 dan TV3.

Soalnya, tahukah anda, kesemua 10 aktor ternama Bollywood ini memiliki anak bujang lelaki yang sudah dewasa, dan ada di antara mereka sudahpun membuat kemunculan dalam industri lakonan dan tidak kurang yang sudah menjadi pelakon kegilaan ramai dewasa kini? Ya, jangan terkejut anak lelaki Jackie Shroff, Tiger Shroff merupakan antara pelakon lelaki terhangat Bollywood masa kini.

Berbeza dengan industri hiburan di Malaysia, dunia glamor Bollywood persis Hollywood yang sedaya upaya tidak akan mendedahkan anak-anak kepada kancah glamor sebermula dilahirkan hinggalah menginjak dunia dewasa. Jadi tidak hairanlah jika agak sukar menadapatkan gambar-gambar anak-anak pelakon Bollywood yang dikongsikan oleh ibu bapa mereka sendiri yang terdiri daripada bintang ternama industri perfileman itu.

Jadi, jom semak 10 anak teruna milik 10 aktor ternama Bollywood, yang mana satu jadi idaman kalbu? Kita susun dari aktor yang tertua hingga termuda!:

  • Jackie Shroff - Tiger Shroff
  • Anil Kapoor - Harshvardhan Kapoor
  • Sunny Deol - Karan Deol
  • Sunil Sheety - Ahan Shetty
  • Govinda - Yashvardan Ahuja
  • Aamir Khan - Junaid Khan
  • Shahrukh Khan - Aryan Khan
  • Akshay Kumar - Aarav Kumar
  • Bobby Deol - Aryaman Deol
  • Saif Ali Khan - Ibrahim Ali Khan