Rabu, Mei 15, 2019

Farid Kamil Masuk Penjara! We Love You So Much No Matter What - Diana Danielle



Pelakon Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah peengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibaol (THC) pada Januari tahun lalu.

Dalam prosiding itu juga mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menagguhkan pelaksanaan hukuman dan Farid Kamil akan dibawa ke Penjara Kajang dan diperintah menjalani hukuman penjara bermula tarikh sabitan, iaitu hari ini.

Netizen terus menghujani ruang komen pelakon Farid Kamil dan isterinya selebriti Diana Danielle. Ada yang melahirkan simpati. Namun, ada juga yang sinis.

Bgai isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata, Diana Danielle, akhirnya tampil dengan posting terkini menerusi laman sosial Instagram miliknya beberapa minit sebelum berbuka puasa Ramadan ke-10.

Ringkas tulisan Diana, "Life throws us lemons but we have mastered the art of making lemonades. We love you so so so so much no matter what 💛