Selasa, April 23, 2019

Selepas 15 Tahun Bersiaran Edisi Terakhir Ketuk-Ketuk Ramadan 2019 Buat Sheila Rusly Menangis



Selepas 15 tahun bersiaran di kaca televisyen saban tahun menjelangnya bulan Ramadan, akhirnya program masakan Ketuk-Ketuk Ramada terbitan JS Pictures kembali ke titik noktahnya. Program masakan yang dihoskan oleh Sheila Rusly dan disiarkan di RTM sekian lama itu akan berakhir Ramadan tahun 2019 ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Jinggo yang merupakan penerbit Ketuk-Ketuk Ramadan. Meskipun sediah, hasil perbincangan Jinggo dan Sheila akhirnya keputusan dicapai untuk menamatkan siri rancangan masak paling lama di Malaysia itu.

Menurutnya lagi kos penerbitan Ketuk-Ketuk Ramadan yang semakin meningkat saban tahun antara punca rancangan itu tidak akan diteruskan pada tahun hadapan.

Sheila Rusly yang sebak dan menistiskan air mata ketika penggambaran baru ini pastinya mempunyai sejuta memori sepanjang 15 tahun merakamkan rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan.

Ketyk-Ketuk Ramadan edisi 2019 akan bersiaran pada jam 12.30 tengah hari di TV1. Tahun ini menampilkan ramai selebriti popular seperti Emma Maembong, Bella Astillah, Aliff Satar, Khai Bahar dan ramai lagi.