Jumaat, April 12, 2019

Kehebatan Haris Dan Adira Dalam Asalkan Dia Bahagia



Drama hebat Asalkan Dia Bahagia di Slot Akasia TV3 memang mendapat perhatian ramai. Tinggal tiga lagi episod sebelum berakhir, rata-rata netizen sudah membayangkan bahawa mereka akan merindui gandingan Ayda Jebat dan Shukri Yahaya. Boleh dikatakan Ayda Jebat dan Shukri Yahaya serasi sangat sebagai gandingan utama dalam drama ini.

Sebagai sebuah drama bersiri adaptasi novel Asalkan Dia Bahagia pastinya mempunyai pengikut awal yang terdiri daripada pembaca novel itu sendiri. Namun, drama ini bukan sahaja diikuti pembaca novelnya, bahkan turut digilai sehinggakan di negara seberang, iaitu Indonesia.

Netizen dari Indonesi dilihat saban hari memenuhi ruangan komen di YouTube TV3 yang menghidangkan drama Asalkan Dia Bahagia buat mereka yang tidak dapat menontonnya di televisyen. 

Kebanyakan adegan sweet dalam drama ini tidak seperti dibuat-buat. Meskipun babak sentuhan langsung dan adegan suami isteri seperti ciuman dahi dan seumpamanya hampir tiada namun paras gula dalam siri Asalkan Dia Bahagia masih mampu mencetuskan diabetes. 

Sesuatu yang rare tentunya watak umi sebagai ibu Haris dan mentua Adira yang sporting, sarat kasih sayang terhadap menantu meskipun Adira hanya merupakan seorang anak angkat yag tidak diketahui asal usulnya.

Pendek kata Asalkan Dia Bahagia mempunyai kelasnya tersendiri. Tidak meleret. Tiada babak yang sengaja diadakan. Tiada watak pembantu kayu yang menjengkelkan. Yang penting sedikit kekuarangan yang tentu sahaja ada sudah diisi dengan kesempurnaan paduan watak Haris dan Adira.

Apakah kesudahan kisah Haris dan Adira? Tiga episod yang berbaki akan menoktahkan penantian anda. Bagi yang ketinggalan menonton episod sebelum ini drama Asalkan Dia Bahagia, boleh sahaja terus ke channel YouTube TV3 dan menonton kesmeua episod penuh dalam paparan HD.