Ahad, Februari 10, 2019

Resipi Kek Cheese Leleh Vanila By Azlina Ina



Jom kita tengok apakah bahan dan cara-cara membuat kek Cheese Leleh Vanila. Resipi dan cara membuatnya daripada sifu Azlina Ina.

Bahan-Bahan Kek Cheese Leleh Vanila
5 biji telur
1 cawan gula kastor
1 sudu besar ovalate
1 sudu kecil serbuk vanila/esen vanila/esen creamy vanila
Butter (Cairkan dalam 5 sudu besar) / 1/4 cawan minyak 
2 cawan tepung gandum (200 gram)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar

Bahan-Bahan Topping Cheese Leleh
500 gram tarturs
3/4 tin susu pekat
1 cawan whipping dairy
1/4 cawan susu segar (boleh tambah sedikit lagi jika mahu leleh lebih)
Cheddar cheese (jenama beqa)


Cara-Cara Membuat Kek Cheese Leleh Vanila
  1. Mix (telur, gula kastor, ovalate dan esen vanila) sampai gebu.
  2. Cairkan butter untuk sukatan 5 sudu besar atau 1/4 cawan minyak.
  3. Ayak 2 cawan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar.
  4. Perlahankan mixer, dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dalam adunan sampai habis.
  5. Matikan mixer, dan kacau guna senduk.
  6. Masukkan butter cair atau minyak tadi, dan kacau laju-laju.
  7. Masukkan adunan dalam loyang atau bekas sq450.
  8. Panaskan pengukus dan kukus dalam 35 minit jika guna loyang atau 10 minit jika guna bekas sq450
  9. Untuk topping cheese, blender sebati semua bahan topping cheese, tuang pada kek.
  10. Akhir sekali parutkan cheddar cheese dan sejukkan.

1 Komentar:

Write Komentar
lovemachoco
AUTHOR
13/3/19 11:28 PG delete

permisi min numpang share ya :)
bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

Reply
avatar