Ahad, Februari 10, 2019

Akan Datang Drama Jodoh-Jodoh Annisa; Slot Tiara Astro Prima/Maya HD



Konflik keluarga. Perebutan kuasa. Perjalanan hidup yang penuh berliku membuatkan Annisa terpaksa memilih antara lima jejaka. Siapakah yang menjadi pilihan Annisa. Akan datang Februari ini drama bersiri Jodoh-Jodoh Annisa di Slot Tiara, Astro Prima HD dan Astro Maya HD; setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang.

Drama Jodoh-Jodoh Annisa dibintangi oleh Aaron Aziz, Izara Aishah, Amar Baharin, Fizz Fairuz, Raja Afiq, Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Shiqin Kamal, Fikhree Bakar, Adam Corrie, Dato' Shah Rezza, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Syeera Aziz, Hilal Azman, Azhar Amir dan Ekin Kamarudin.