Jumaat, Januari 11, 2019

Enggan Komen Panjang; Zul Ariffin Nafi Kahwin Gadis Ukraine



Pelakon, Zul Ariffin, menafikan khabar angin kononnya dia mengahwini gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska, yang pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengannya, tahun lalu.


Cerita hero filem Tombiruo berusia 33 tahun itu berkahwin dengan gadis yang difahamkan seorang model menjadi tular gara-gara foto romantis dipercayai dimuat naik Glembotska dalam Instagram (IG) Story.


Perkongsian itu diiringi keterangan berbunyi: "I want to say thanks to my husband. I am very happy with you." (Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suamiku. Saya sangat gembira bersama kamu).


Perkongsian berkenaan pantas mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan peminat bintang bertubuh sasa itu.


Gambar terbabit kemudian dikongsi sebuah akaun gosip popular di IG. Difahamkan, gambar terbaru mereka dihantar oleh teman Glembotska yang mahukan kepastian mengenai gosip kedua-duanya sudah bernikah.


"Tiada maknalah... Itu cerita lama! Saya tiada apa-apa komen.

“IG gosip itu kempunan perhatian agaknya. Komen pun tiada guna... Maaf, saya tiada komen," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH Online.