Ahad, Januari 06, 2019

Ashes Of Love; Drama Terbaik Kisah Fantasi Romantis!



Ashes Of Love merupakan satu lagi drama rantaian dari China. Kisah fantasi dewa-dewi bersulam romantisme ini sangat menarik. Plot ceritanya juga dijalin baik menggabungkan Alam Syurga, Alam Neraka, Alam Bunga, Alam Burung dan Alam Dunia.

Pertama kali melihat Episod 1 di 8 TV 26 November 2018, terus rasa sesuatu. Google, dan jumpa laman web yang berkongsi penuh kesemua 63 episod beserta sarikata Bahasa Indonesia. Terima kasih banyak-banyak kepada tukang uploadnya. Tak bisa menunggu habis satu demi satu episod di TV. By the way, Malaysia merupakan negara luar pertama menayangkan drama paling gempak 2018 dari China ni tau!

Ashes Of Love membuktikan cinta sejati yang menuntut pengorbanan. Ashes Of Love melambangkan cinta sejati yang mempunyai kekuatan melawan semua cabaran yang mendepani hidup ini.



Banyak yang best tentang drama ni. Ada unsur kelakar. Ada babak gila-gila. Ada adegan yang boleh buat kita senyum sendiri. Ada episod yang buat kita rasa macam nak masuk dalam skrin dan tampar watak-watanya. Ada bahagian yang buat kita sedih dan sebak. Ada ketika air mata bergenang tanpa dipinta.

Perghhhh, nampak tak? Berlebihan?? Bukan! Admin memang jenis tengok drama dengan sepenuh hati dan perasaan. Meletakkan jiwa dalam plot cerita dan jalinan watak. Biasanya boleh terbawa sampai dalam mimpi, macam dah habis tengok ni pun rasa terawangan lagi!

Di samping watak utama, iaitu Deng Lun (Xue Feng) dan Yang Zi (Jin Mi) yang chemistry mereka sangat superb, watak-watak lain juga sangat bagus. Watak Tuyao misalnya awal-awal memang sakit hati, tapi di akhir riwayatnya ada juga terselit simpati.

Su Li walaupun sekejap wataknya, tapi impaknya juga terkesan. Begitu juga dengan Dewa Bulan yang kelakar dan Dewa Malam yang menyedihkan kisah hidupnya. Liu Ying pun admin suka sangat watak dan pelakonnya sekali! Hahaha...

Banyak nak cerita, tapi sebab Ashes Of Love masih lagi tayang di 8TV, Malaysia, dan ketika ini baru 30 episod sehingga 4 Januari 2019, jadi tak naklah jadi spoiler! Tengok sendiri, dan rasai magisnya!