Selasa, Oktober 30, 2018

Video Nakal Zaquan Adha Tersebar; Itu Antara Saya Dan Suami! - Ayu Raudhah




Ayu Raudhah memberitahu video kontroversi mirip suaminya iaitu pemain bola sepak Kuala Lumpur iaitu Zaquan yang tersebar baru-baru ini adalah foto peribadi mereka yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab. Ayu berkata, dia enggan mengulas lanjut dan menganggap perkara tersebut sebagai satu isu sensitif yang tidak perlu dihebahkan kepada umum.

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak.

“Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon Cinta Bukan Kristal ini mengulas kontroversi video nakal mirip Zaquan yang tersebar dan menjadi topik perbualan di media sosial baru-baru ini. Video yang tersebar itu memperlihatkan individu mirip Zaquan memakai seluar dalam berwarna putih beraksi di hadapan kamera. Dalam pada itu Ayu berkata, dia terkejut dan kesal dengan perkara yang boleh menjejaskan nama dan reputasi suaminya.

“Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan.

“Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ayu berkata, suaminya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).