Selasa, Oktober 02, 2018

Perdagang Kesetiaan Peminat; Selebriti Kaut Untung Dengan Ucapan Birthday!



Tanpa peminat siapalah yang akan dipanggil sebagai public figure. Selebriti atau artis merupakan kerjaya yang bernyawa disebabkan adanya peminat. Punya bakat luar biasa, selalu dapat job yang berskala besar, tetapi tak ada peminat yang menonton atau menyokong, tak akan ke mana selebriti atau artis tersebut.

Jadi pengacara TV, orang nampak muka, orang tukar siaran. Berlakon drama atau filem, nampak muka saja, orang tak nak tonton. Menyanyi, keluar radio orang tutup terus. Launching album tak ada yang beli. Keluar single tak ada yang request atau view di YouTube. Tercalon dalam anugerah tak ada yang nak undi.

Agak-agak kalau semua situasi di atas berlaku, akan wujudkah seseorang itu digelar artis atau selebriti?

Jadi, bilamana nama sudah di puncak. Ada golongan peminat yang ramai. Followers di Instagram berjuta-juta. Job masuk banyak. Anugerah undian peminat selalu dapat. Jangan jadi bongkak. Jangan jadi tamak. Jangan gunakan peminat untuk kaut untung!

Mungkin ada peminat tak kisah membayar RM20, RM50 atau RM100 untuk dapatkan ucapan hari lahir daripada selebriti pujaan mereka. Tetapi sebagai seorang artis dan selebriti adilkah bagi anda menggunakan peminat sehingga tahap seperti itu untuk mengumpul kekayaan?

Hidup bagaikan roda. Artis dan selebriti datang dan pergi ibarat bertukarnya malam dan siang. Susah hendak ditemukan yang bertahan puluhan tahun lamanya, kecuali yang benar-benar menghargai peminat.

Janganlah perdagangkan kesetiaan peminat dengan wang ringgit, kerana tanpa peminat anda bukan siapa-siapa dalam industri seni dan hiburan di tanah air ini.