Rabu, September 19, 2018

Hebat Dan Power; Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza 5



Gegar Vaganza 5 menampilkan kelainan apabila menerima penyertaan penyanyi berkumpulan dalam pertandingan realiti yang sering mencipta fenomena saban tahun itu.

Edisi kelima kali ini menyaksikan penyertaan tiga kumpulan dan sembilan peserta solo. Melihat kepada senarai peserta kali ini, bukan calang-calang orangnya. Baik penyanyi yang masih muda mahupun otai, semuanya hebat dan power belaka dari aspek kekuatan vokal masing-masing.

GV5 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahamd sebagai hos manakala pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim akan duduk di kerusi juri tetap. Datuk Khadijah Ibrahim kembali semuala untuk GV5 apabila edisi sebelumnya GV4 menyaksikan kerusi itu diisi oleh Hetty Koes Endang.

Gegar Vaganza 5 akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

Berikut merupakan senarai 12 peserta Gegar Vaganza 5.

  1. Elite
  2. Billy Zulkarnain
  3. Forteen
  4. Safura
  5. Zamani (Slam)
  6. Amelina
  7. Maya Ruslee
  8. Noryn Aziz
  9. Shafie  (Rio)
  10. Dia Fadilla
  11. Fara Wahida
  12. Hetty Sarlene
Edisi kali ini juga menyaksika Datuk Seri Vida bukan lagi bertindak sebagai penaja utama program ini selepas 4 tahun bersama jenama Gegar Vaganza.