Jumaat, Julai 13, 2018

Tiada Rasa Untuk Tafsir Air Mata - Ziana Zain




Kusangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan; rupanya hujan di pertengahan... Siapalah insan kerdil menolak takdir yang tertera. Siapalah insan kecil menidak suratan yang dicipta. Manusia hanya mampu merancang, tetapi yang terzahir dalam dunia ini semuanya atas aturan Tuhan.

Dan seusai 20 tahun mendirikan rumah tangga penyanyi dan pelakon terkenal Ziana Zain akhirnya berpisah dengan suami Armin Zaharin Ahmad Zambri dengan talak satu yang dilafazkan pada 12 Julai 2018.

Perpisahan ini merupakan pilihan Ziana sendiri. Episodnya bermula dengan laporan polis yang dibuat ke atas Armin atas tuduhan mendera anak lelaki ketiganya. Turut difahamkan Ziana sendiri mengalami penderaan mental selama 20 tahun berkahwin dan tiada nafkah daripada suami sebagai ketua keluarga semenjak berhenti kerja sebagai Ketua Pramugara MAS.

Sebagaimana seleksi judul lagu-lagu popular nyanyiannya, dan lirik-lirik puitis syahdu yang menjentik jiwa dan rasa, kehidupan selebriti kesayangan ramai ini juga berulam kesayuan tanpa sediktpun disedari peminat dan pemerhati industri hiburan.

Buat Ziana Zain, kami doakan yang terbaik di dunia dan akhirat. Moga kehidupan lebih tenang di samping anak-anak tercinta. Biarkan masyaratkat khususnya netizen dan keyboard warrior berbicara, kerana bukan mereka yang alami setiap hari yang mendera.

Dan sesuatu yang pasti walau apapun jua yang terjadi, kami setia di sini bersama doa-doa yang indah #zianafolks #setiakudisini