Ahad, Februari 18, 2018

Fizi Ali & Shakilla Khoriri Sah Suami Isteri



Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahan dengan Shakilla Khoriri berjalan dengan lancar pada pagi, Ahad.

Fizi, 29, berkata dia berharap semua peminatnya dan Shakilla mendoakan kebahagian dan ikatan perkahwinan mereka kekal hingga jannah.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kami.


"Doakan kebahagiaan kami dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke jannah.” kata Fizi Ali kepada mStar Online.

Pasangan itu telah selamat diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon dengan dua kali lafaz tepat pukul 10.37 pagi di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall, di sini.