Isnin, Februari 19, 2018

Dah 58...Nak Zip Pun Susah! - Che Ta



Selebriti ozita Che Wan akui mengalami pertambahan berat badan sehingga lapan kilogram selepas seminggu pulang dari mengerjakan ibadah umrah. Berat badannya naik sehingga 8 kilogram.

Disebabkan itu Che Ta berkata, ramai menyangka dia sedang hamil apatah lagi sejak kebelakangan ini dia kerap mengenakan skirt kembang dan blaus longgar.

"Mana ada saya hamil. Saya sekarang berisi sebab berat naik lapan kilogram. Kalau dulu berat saya 50 kilogram, sekarang jadi 58 kilogram. Sepanjang menunaikan umrah, selera makan saya bertambah kerana penangan nasi Arab.

"Lagi satu, mungkin disebabkan saya pakai baju besar dan longgar membuatkan orang beranggapan saya hamil," katanya kepada Harian Metro.

Che Ta berkata, dia sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan semula berat ideal.

"Kalau nak tahu, semua baju sudah tidak muat. Kain pun susah nak zip. Jadi apa saya lakukan sekarang adalah kurangkan makan.

"Kalau nak bersenam mungkin ambil masa pula, sebab saya banyak kerja lain nak kena buat," katanya.