Isnin, Januari 15, 2018

OST Drama Lafazkan Kalimah Cintamu; Astro Ria/Ria HD



Slot Mega Drama di Astro Ria dan Ria HD membawakan drama adaptasi novel popular tulisan Siti Rosmizah berjudul Lafazkan Kalimah Cintamu. Bersiaran bermula 15 Januari 2018, pada jam 10 malam bermula Isnin hingga Khamis, drama ini menggandingkan Farid Kamil dan Nelydia Senrose selaku teraju utama.

OST drama Lafazkan Kalimah Cintamu pula merupakan lagu malar segar dendangan Dato' Seri Siti Nurhaliza, iaitu Kesilapanmu Keegoanku.


Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Menbuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu