Jumaat, Januari 19, 2018

Adi Putra Nikah Lagi; Bekas Isteri Jadi Pilihan



Pelakon Adi Putra telah melangsungkan pernikahan semula bersama bekas isterinya, Aida Yusof pada tarikh 18 Januari 2018. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Adi dan juga Aida di laman Instagram mereka.

Adi dan Aida berkahwin pada 2006 dan belum dikurniakan anak sebelum ini dan pada 2016, Adi telah berkahwin dengan isteri kedua, Norshahida Dzolkifly.

Bagaimanapun pada Mac 2017, pelakon berkenaan menyatakan bahawa dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan isteri keduanya itu.

1 Komentar:

Write Komentar