Selasa, November 14, 2017

Lagu Tak Masuk Final AJL 23; Ayda Jebat Tak Puas Hati Dan Sindir Industri Hiburan?!



12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu Ke 32 telahpun diketahui tetapi malangnya lagu Ayda Jebat gagal ke pentas akhir. Menerusi Instagram, Ayda ada memuat naik gambarnya bersama kata-kata positif untuk dirinya dan peminat yang kecewa lagu Mata tidak terpiilh.

Namun apa yang menarik perhatian, Ayda seolah tidak berpuas hati dengan keputusan juri yang tidak memilih lagunya. Dalam beberapa komen itu, Ayda sempat menyindir industri hiburan yang terlalu banyak permainan politik sehingga sukar untuk penyanyi mengembangkan bakat. - Rotikaya

Bagi kami memang perasaan kecewa itu akan dialami oleh penyanyi dan peminat apabila lagu mereka terkandas di separuh akhir. Tetapi sebagai seorang yang profesional Ayda Jebat sepatutnya menghormati keputusan juri.

Tengok sahaja zaman 90-an berapa banyak lagu yang bagus-bagus terkandas di peringkat yang sama, lebih malang daripada penyanyi yang sama. Tak ada pula mereka nak kritik atau kutuk industri. 

Lagipun, tak semestinya sesutau yang baharu serupa irama lagu Ayda itu perlu dianggap baik! Ada masa yang 'lama' tetap bernilai walaupun berjuta yang baharu datang. 

Apa pula kata anda?