Khamis, Oktober 12, 2017

Che Ta Ditipu Lelaki Bergelar Datuk; Rugi RM50 Ribu!



Rozita Che Wan, mengaku beliau turut menjadi mangsa penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk membabitkan produk minyak wangi keluaran syarikatnya, sejak tahun lalu.


Sebelum ini, Datuk sama dikatakan turut menipu pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, juga membabitkan penghasilan minyak wangi.


"Saya ingat, saya boleh mempercayai dirinya. Tetapi rupa-rupanya dia berniat jahat apabila menipu saya hingga mengalami kerugian sebanyak RM50,000.


"Bayangkan, banyak duit yang diperolehnya dengan hasil penipuan. Malah, dia boleh tukar kereta mewah, tambah isteri dan macam-macam lagi dengan hidup menipu orang.


"Saya akhirnya memutuskan untuk menghalalkan saja. Insya-Allah, saya reda. Biarlah hidupnya tidak senang kerana menyusahkan orang dan semoga dia juga akan berubah," kata Rozita yang ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta umrah Imtiyaz Travel & Tours, di sini hari ini. - BH Online