Rabu, Oktober 18, 2017

Blurb Preview; Dear Sam



SAM dan BELLA. Perkahwinan yang diatur keluarga membuahkan rasa cinta dan sayang di antara mereka berdua. Kehadiran Ara, anak comel yang dianugerahkan Tuhan menjadi penyeri rumah tangga.

Bagi Sam, Bella masih sama macam dulu. Bella yang bubbly. Bella yang sentiasa minta dipuji. Bella yang menjadi cinta terakhir dan sentiasa tetap di hati.

Bagi Bella, Sam juga masih tak berubah. Sam yang anticlockwise. Sam yang suka membebel. Dan Sam adalah cinta pertamanya yang paling indah.

“Siapa perempuan yang paling saya cinta?” Sam belai rambut Bella.

“Nabila Hussien.” Yang ni Bella memang yakin habis. Jawapannya itu buat Sam senyum sampai telinga.

“Siapa yang masih sayangkan saya walaupun kena marah sampai nangis?”

“Nabila Hussien.” Bella jawab lagi. Kali ini dia mencebik. Saja Sam nak pancing perasaan dia yang merajuk tadi.

Gembira yang diukir bersama dan cinta yang ingin disemai sampai bila-bila teruji dek kisah silam Sam yang kembali menghantui.

“Selagi kau tak mati, aku tak tenang Nabila.” - Susan

Bella jadi lemah bila nyawa menjadi taruhan Susan. Malah hatinya mula tergores bila kisah lama Sam diungkit semula dan menguji rasa cinta yang mendalam.

“Why is your past still clinging around us?”- Bella

“Saya cintakan awak sampai bila-bila, Bella.”- Sam

Mampukah Bella mempertahankan mahligai cinta yang dibina bersama suami tercinta? Dan adakah cinta lama Sam bersama Susan yang dikatakan telah mati akan kembali berputik?