Jumaat, Oktober 13, 2017

3 Kali Gagal Tembus Gegar Vaganza; Maya Matahari Tidak Sertai Uji Bakat GV4



Tiga kali mencuba nasib namun kecundang, Maya Matahari menjelaskan dia tidak menghadiri sesi uji bakat musim keempat program realiti, Gegar Vaganza (GV).


Maya memberitahu, dia reda rezeki untuk bersaing di pentas GV tidak kesampaian.


"Saya nak jelaskan tidak timbul soal saya disenarai hitam atau apa saja yang mungkin difikirkan peminat.


"Tiga kali saya pergi ke sesi uji bakat GV dari musim pertama lagi... Ternyata ia bukan rezeki saya," katanya kepada BH Online.


Maya mengaku dia dihujani pertanyaan pengikut laman sosial mengenai ketiadaan namanya dalam senarai peserta GV4 yang diumumkan di ibu negara, kelmarin.


"Jangan pening kepala, saya tak pergi pun sesi uji bakat GV4. Namun, saya percaya, ada hikmah di sebalik semua ini.


"Album keempat saya dalam proses pembikinan di mana satu persatu single akan dirakamkan... Ini semua perancangan Allah," katanya. - BH Online

1 Komentar:

Write Komentar