Khamis, September 14, 2017

Rasa Nak Nangis Bila Orang Tanya Fasal Anak - Mizz Nina



Soal zuriat tidak dapat dipisahkan daripada pasangan yang sudah berkahwin. Itu jaga hal yang dihadapi Noh Salleh dan Mizz Nina yang sudahpun bernikah selama 6 tahun.

“Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak. Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya,” kongsinya kepada mStar Online.

Noh dan juga Mizz Nina telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2011 dan sebagai selebriti, pasangan ini tidak dapat lari daripada persoalan yang sama mengenai cahaya mata, lebih-lebih lagi bila sudah enam tahun menjadi suami isteri.