Rabu, September 13, 2017

Keputusan Mahkamah Esok! Hafiz Hamidun Dah Tak Nak Ada Kaitan Dengan Joy Revfa



Hafiz Hamidun sudah lama bersiap sedia untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan pengasas kosmetik, Joy Revfa, 30. 

Hafiz, 32, ketika dihubungi mStar Online berkata dia tidak mahu ada kaitan dengan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin selepas keputusan dikeluarkan oleh mahkamah pada esok (Khamis). 

"Saya sudah lama bersedia dan nak selesaikan dengan cepat. Namun, untuk esok perbicaraan saya tidak ada buat persediaan apa-apa. 


"Semuanya diuruskan oleh peguam saya. Dia yang sediakan segala dokumen untuk perbicaraan kes yang difailkan oleh Joy.

"Selepas dapat sahaja keputusan, saya tak nak lagi ada kaitan dengan dia. Banyak lagi perkara yang saya perlu uruskan," kata Hafiz.