Rabu, Ogos 02, 2017

[Video] Aliff Aziz Declare Perasaan Untuk Bella Astillah Secara Langsung Di MeleTOP



Pelakon kontroversi kisah rumah tangga Aliff Aziz yang curang dengan Afifah Nasir ketika isterinya Bella Astillah tidak sampai sebulan berpantang melahirkan zuriat yang pertama menjadi isu paling hangat dalam kalender hiburan tahun 2017.

Semalam, ketika Aliff dan Bella sudah berbaik dan sidang media dijalankan kelmarin, MeleTOP telah mengundang Aliff dan Bella secara eksklusif sebagai tetamu dalam program bual bicara berkenaan.

Dalam program yang diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Siti Nordiana semalam, Aliff Aziz memberikan penjelasan tentang duduk letak dirinya yang sebenar, malah Aliff Aziz turut declare perasaannya terhadap Bella Astillah secara langsung di MeleTOP!

Nak tahu apa yang Aliff katakan? Kenalah tengok video dekat bawah ini sendiri, ya!