Ahad, Ogos 13, 2017

Tunku Aminah Dan Dennis Akan Tinggal Di Kediaman Sendiri



Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sedang menyiapkan mahligai baharunya sebagai persediaan mengharungi kehidupan selepas mendirikan rumah tangga.

Ini satu pengalaman baharu buat puteri itu - mengharungi kehidupan bersama bakal suami, Dennis Muhammad Abdullah, seorang warga Belanda selepas perkahwinan mereka, Isnin ini.

"Kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.


"Ini adalah pertama kali saya akan tinggal sendiri, dan jauh dari ayahanda, bonda serta ahli keluarga yang lain," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Royal Press Office, pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor, di sini Sabtu.