Isnin, Ogos 07, 2017

Tujuh Sebab Kenapa Yuna Pilih Adam Sinclair Yang Boleh Buat Anda Cair Macam Ais Krim!



Umum sudah maklum penyanyi tempatan yang mengukir nama di pentas antarabangsa Yuna, sudahpun selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, iaitu Adam Sinclair yang juga merupakan adik kepada selebriti Ashraf Sinclair yang popular di Indonesia.

  1. "Saya jatuh cinta dengan kawan baik saya namun dia tidak pernah mengejar saya.
  2. "Dia tidak pernah membisikkan kata-kata indah ke telinga saya, dia cuma menjawab panggilan telefon apabila saya menghubunginya saja.
  3. "Dia tidak pernah bermegah-megah dengan hubungan kami di sosial media.
  4. "Dia mendahulukan keluarganya, kesihatannya dan kehidupannya berbanding saya.
  5. "Dia tidak pernah cemburu jika saya bercakap atau bekerja dengan lelaki lain, dia biarkan saya belajar.
  6. "Dia tidak ambil pusing tentang 2 juta pengikut saya di Twitter, tetapi dia kenal 10 orang teman rapat saya.
  7. "Dia tidak ingat judul lagu-lagu saya tetapi dia ingat tarikh hari jadi anak-anak saudaranya," tulis Yuna.

1 Komentar:

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
8/8/17 9:30 PG delete

sweet smpai kna kencing manis ni..haha

Reply
avatar