Selasa, Ogos 01, 2017

Tuduhan Meroyan Betul-Betul Menyakitkan Hati - Bella Astillah



Kontroversi yang melibatka Afifah Nasir dalam rumah tangga Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah turut mengheret nama Anzalna Nasir. Hal ini terjadi gara-gara satu komen Anzalna di Instagram yang secara tidak langsung mengaitkan simptom meroyan bagi wanita yang baharu melahirkan anak yang terang-terang ditujukan kepada Bella Astillah.

Berikutan komen itu ramai netizen bertindak menyerang akaun Instagram Anzalna sehingga menyebabkan selebriti itu menukarkan mode akaunnya kepada private dan disable komen, yang kedua-duanya hanya kembali normal pada hari ini.

Bercakap tentang Anzalna yang menuduh dia sebagai berperangai pelik dan meroyan selepas bersalin, Bella berkata, dia sangat terkesan dengan perkara itu.

"Apa yang dia cakap itu betul-betul menyakitkan hati saya, malah semua ahli keluarga yang berada di Sabah turut terasa.

"Meroyan itu macam mana ya? Pada saya tindakan yang saya lakukan itu bukan meroyan. Saya masih bersabar dan berfikiran waras ketika itu, cuma situasi yang tidak terkawal telah mengubah keadaan menjadi lebih buruk," ujarnya. - mStar Online