Selasa, Ogos 08, 2017

"Tak Puas Hati? Mari Jumpa!" Kekasih Afifah Nasir Mula Bersuara!



Isu panas antara Aliff Aziz dan Afifah Nasir nampaknya terus berpanjangan apabila kekasih aktres berkenaan pula bengang dengan sikap pelakon lelaki itu.

Wan atau nama sebenarnya Wan Ariff Azhar, 24, berkata, teman wanitanya itu bercakap benar dan berani bersumpah bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan kepada Aliff.

"Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff. Apa yang dilakukan adalah lakonan untuk hiburkan sikap keanak-anakan kamu (Aliff).

"Ya, dia buat kesalahan kerana benarkan kamu memegang tangannya, tapi dia sudah meminta maaf kepada isteri kamu. Kami ingin selesaikan isu ini dengan baik tapi kamu pula mempersoalkannya," ujar Wan Arif.

Dia mengulas kenyataan yang diberikan oleh Aliff bahawa apa yang didedahkan oleh Afifah dalam sidang media pada Isnin lalu sebagai mengarul dan tidak masuk akal.


Aliff memberi kenyataan kepada sebuah media menganggap Afifah tidak bercakap benar dan cuba mengaitkan pihak produksi dalam hal tersebut.